Sesuai untuk dirujuk oleh para penyelidik yang berminat dengan Tasauf. Dalam buku ini, HAMKA menegaskan bahawa asal usul Tasawuf berdasarkan Al Quran dan Sunnah baginda SAW. Tentang pengaruh luar seperti Hindi, Persia, Filsafat Yunani & Neo Platonisme juga diselidik dengan baik. Malah, HAMKA turut memberikan pendapatnya tentang persamaan rasa dalam membahas unsur-unsur luar terhadap tasawuf.

Kemudian, dalam buku ini juga HAMKA menerangkan pemikiran tokoh-tokoh sufi mengikut zaman mereka. Dari situlah, diceritakan bagaiman perkembangan tasawuf sehinggalah kepada pemurniannya.

Secara keseluruhan, walaupun di akhir penulisan buku ini HAMKA menerangkan usaha ini masih belum lengkap, saya sebagai pembaca dapat memahami latar belakang aliran Tasauf. Mungkin perlu dicari lagi buku yang berkaitan untuk lebih mendalami hal ini

Detail Buku:

Judul: Perkembangan Tasauf Dari Abad Ke Abad
Penyusun: Prof. Dr. Hamka
Penerbit: Pustaka Islam Djakarta
ISBN: 979-xxxxxxx
Jumlah Halaman: 204 Hal.
Besar File: 19,9Mb
Jenis File: PDF
Baca - Download: GoogleDrive