Tafsir Fathul Qadir Jilid 11 oleh Imam Asy-Syaukani

Tafsir Fatḥ al-Qadīr merupakan karya kitab tafsir yang disusun oleh imam al-Syaukāni, yang memiliki nama lengkap Muhammad bin ‘Alī bin Muhammad bin ‘Abdullah bin al-Ḥasan bin Muhammad bin Ṣalāḥ bin Ibrāhīm bin Muhammad al‘afīf bin Muhammad bin Rizq.

Alhamdulillah, ini adalah hasil terjemahan lengkap set kitab tafsir Fathul Qadir: Al-Jaami’ Baina Fanni ar-Riwaayah wa ad-Diraayah min ‘Ilm at-Tafsiir. Ia adalah sebuah Kitab Tafsir al-Qur’an yang ditulis oleh Imam Muhammad B. ‘Ali asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H).

Beliau adalah seorang imam besar, mujtahid, berguru pula dengan ulama besar yang antaranya Imam Muhammad B. Ismail ash-Shan’ani rahimahullah. Imam asy-Syaukani merupakan Qadhi dan Hakim di negeri;Yaman, mujaddid Islam, tegas memerangi syirik, bid’ah, dan golongan yang menyimpang. Beliau adalah seorang Ulama ahli hadis, ahli tafsir, sejarahwan, Seorang ahli sunnah, memiliki banyak karya tulis bernilai tinggi lagi bermanfaat untuk umat Islam. Dan di antaranya adalah kitab tafsir ini.

Beliau adalah pembela mazhab salaf di masanya. Walaupun pada mulanya beliau tumbuh membesar dalam kelompok mazhab Syi’ah Zaidiyah, tetapi berkah ketekunan dan semangat telahan beliau terhadap ilmu yang benar, akhirnya beliau kembali ke mazhab yang benar, iaitu mazhab ahli sunnah wal-jama’ah sebagaimana yang dipegang oleh generasi salafus soleh.

Setelah itu, beliau pun menulis kitabnya yang terkenal dengan judul as-Sail al-Jarrar al-Mutadaffiq ‘ala Hada’iq al-Azhar. Di dalam kitab tersebut Imam asy-Syaukani mengkritik seluruh pemikiran dan pendapat kelompok Syi’ah Zaidiyah, serta menelanjangi pelbagai pembohongan yang diada-adakan oleh kelompok Zaidiyah. Sekaligus menegakkan mazhab salaf ahli sunnah wal-jama’ah.

Imam asy-Syaukani juga terkenal dengan karya hebatnya yang mensyarahkan hadis-hadis berkaitan fiqh dan hukum hakam, yaitu Nail al-Authar. Karya ini membuktikan tahap keilmuan beliau dalam mengeluarkan huraian hadis-hadis dan melakukan ijtihad tanpa terikat kepada mana-mana sikap taksub kepada mazhab fiqh tertentu melainkan terhadap dalil-dalil.

Karya Ilmiyah milik Imam asy-Syaukani mencecah sekitar 278 judul dalam pelbagai cabang ilmu. Pada hari ini, kebanyakan dari karya-karya tersebut masih dalam bentuk manuskrip di atas lembar-lembar kertas bertulis tangan yang belum tercetak dan ditahqiq. Akan tetapi, hasil berkah dan rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala, sebahagian kitab-kitab beliau yang penting dan masyhur telah mulai tercetak, tersebar, dan dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan golongan.

Di antara karya-karya beliau yang terkenal adalah seperti kitab Fathul Qadir yang ada dihadapan pembaca saat ini, sebuah kitab yang merupakan kitab tafsir yang sangat bernilai.

Detail Buku:

Judul: Tafsir Fathul Qadir Jilid 11
Penyusun: Imam Asy-Syaukani
Tahqiq: Sayyid Ibrahim
Penerjemah:  Amir Hamzah Fachruddin
Penerbit: Pustaka Azzam, 2012
ISBN: 978-602-236-022-3
Jumlah Halaman: 882 Hal
Besar File: 42,2Mb
Baca-Download: Google Drive